Sekolah boleh ambil cuti tambahan
KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 7 dan 8 Februari ini, semua sekolah diberi kebenaran untuk mengambil cuti tambahan bermula 6 Februari hingga 11 Februari, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana Kementerian Pelajaran menerima banyak permohonan daripada sekolah dan ibu bapa untuk mengambil cuti tambahan bagi membolehkan ibu bapa membawa keluarga mereka untuk bercuti di kampung halaman masing-masing.
“Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah untuk mengambil Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, sehubungan itu bagi negeri-negeri yang cuti mingguan adalah pada Jumaat dan Sabtu, Cuti Peristiwa boleh diambil pada 6 Februari dan Cuti Berganti pada 10 Februari (Ahad) dan 11 Februari (Isnin).
Persekolahan pada hari Cuti Berganti itu perlu diganti pada 19 Januari dan 26 Januari, katanya.
Alimuddin berkata, bagi negeri-negeri yang cuti mingguannya adalah pada Sabtu dan Ahad, pihak sekolah boleh mengambil Cuti Peristiwa pada 6 Februari serta Cuti Berganti pada 11 Februari.
Cuti Berganti itu perlu digantikan pada 19 Januari.
Alimuddin berkata, semua Pengarah Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya meluluskan cuti tambahan berganti tersebut kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja. – Bernama"
Ahad, 27 Disember 2009
Khamis, 17 Disember 2009
sumber : Panduan Mencerdaskan Minda_Siti Norbahyah Mahmod & Jaafar Salleh_ms20_2005
dapatkan huraian lengkap di TELAGA BIRU:
Pemakanan
makanan minum adalah faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak. Diantara petua menjaga minda dalam makan minum ialah
dapatkan huraian lengkap di TELAGA BIRU:
Pemakanan
makanan minum adalah faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak. Diantara petua menjaga minda dalam makan minum ialah
- Sering makan makanan atau buah-buahan yang masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan bilaeh menyebabkan lupa menurut Imam az-Zuhri.
- Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
- Ketagihan candu, dadah, rokok tembakau akan merosakkan otak.
- Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir)
- Sering makan organ dalaman binatang seperti hati, perut jantung limpa dan lain-lain secara berlebihhan akan menyebabkan otak mudah lupa.
memakan sisa haiwan perosak sepertio lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa menurut Imam az-Zuhri.
- Kerap memakan makan yang dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak
- Rasulullah saw menggalakk dan tidak menggalakkan makan dan minum di luar dan menggalakkan Umat Islam memasak makanan sendiri ini manjamin kehalalannya dan kesuciannya. sabda Nabi yang bermaksud : Kebiasaan (amalan) makan dan minum di pasar adalah suatu yang merendahkan martabat.
- Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa (MSG) Monosodium Gultamate dan bahan pengawit kerana tidak baik untuk otak.
- Minum bergas tidak baik untuk kesihatan
- Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kepana kepala ikan terutama bahagian otak dan pipinya (insang) mengandungi kadar asid yang tinggi.
- Memakan makanan sisa orang lain dan sisa binatang tidak baik untuk otak.
- Memakan majanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
- Memakan makanan yang haram akan membutakan hati dari kebenaran
Langgan:
Catatan (Atom)