CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa merujuk kepada surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02/(31) bertarikh 21 Disember 2009-Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010, jelas menyatakan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia membenarkan sekolah-sekolah memohon kebenaran untuk mendapatkan cuti tambahan seperti berikut:
A. Tahun Baru Cina :
17.02.2010 (Rabu) : Cuti Peristiwa : Tidak perlu ganti
18.02.2010 (Khamis) : Cuti Berganti : Diganti pada 23.01.2010 (Sabtu)
19.02.2010 (Jumaat) : Cuti Berganti : Diganti pada 06.02.2010 (Sabtu
B Hari Raya Aidilfitri :
13.09.2010 (Isnin) : Cuti Berganti : Diganti pada 24.04.2010 (Sabtu)
C. Deepavali :
03.11.2010 (Rabu) : Cuti Peristiwa : Tidak perlu ganti
04.11.2010 (Khamis) : Cuti Berganti : Diganti pada 07.08.2010 (Sabtu)
Cuti tambahan ini hendaklah diganti pada hari Sabtu yang ditetapkan walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari. Kelulusan ini adalah bagi kes-kes yang memohon sahaja.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Isnin, 11 Januari 2010
Sabtu, 2 Januari 2010
SEJARAH SEKOLAH
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sungai Dulang Dalam dibuka secara rasminya pada tanggal 15 Januari 1951. Ketika itu tenaga pengajar hanyalah seorang guru dan 56 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 4. Banggunan ini didirikan di atas tanah kerajaan dengan keluasan 1 ekar 3 lot dan 14 pol di lot EMR 294 di Mukim Teluk Bharu.
Sekolah ini mempunyai keluasan tanah berukuran 40 kaki panjang dan 22 kaki lebar. Ianya dibina daripada kayu tempatan / hutan setelah banggunan pertama roboh. Banggunan sekolah ini didirikan semula dengan peruntukan RIDA pada 26 September 1955 secara gotong-royong.
Pada 1961 satu banggunan tambahan didirikan untuk Tahun 5 dan Tahun 6. Akhirnya bangunan RIDA yang didirikan pada 26 September 1955 secara gotong-royong juga roboh pada tahun 1968 akibat banjir. Oleh sebab itu 2 buah rumah guru dijadikan tempat belajar. Bekalan air paip hanya mula diperolehi pada tahun 1984. Bekalan elektrik pula mula diperolehi pada 03.12.1994.
Dengan perubahan arus pendidikan kerajaan telah meluluskan banggunan baru 2 tingkat bernilai RM646,000.00 dibawah kontraktor Syarikat Zaliza. Bangunan 2 tingkat ini siap digunakan pada 25.10.1995.

Visi dan Misi Sekolah
Visi
Menjadikan SK Sungai Dulang Dalam sekolah cemerlang di Perak menjelang tahun 2010.
Misi
Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan bertaraf dunia dalam bidang :

- Pengurusan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
- Akademik berasaskan Pengajaran & Pembelajaran (P & P) yang berkualiti dan berkesan bagi mencapai keputusan peperiksaan yang terbilang.
- Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
- Sukan dan k0okurikulum secara saintifik dan bersistematik.
- Kokurikulum yang berasaskan pembinaan ganerasi bestari jati diri dan intergrasi nasional.
Jasamu Dikenang
Jasamu Dikenang
- En. Md Ali (15.01.1951 – 12.01.1956)
- En. Md Salleh bin Hj Idris (16.01.1956 – 04.05.1957)
- En. Md Khadzri bin Hj Harun (04.05.1957 – 01.02.1963)
- En. Shuib bin Mahidin (01.02.1963 – 01.01.1966)
- En. Kamaruzan bin Hj Nuruddin (09.01.1966 – 07.01.1968)
- Abdul Azizi bin Baki (08.01.1968 – 15.05.1989)
- En. Mohd Tahrim bin Abu Othman (16.05.1989 – 31.01.1994)
- En. Misran bin Taib (01.02.1994- 01.02.1996)
- En. Khamis bin Rasat (02.02.1996 – 28.12.1997)
- Tn. Hj. Kamaruddin bin Dahalan (16.12.1997 – 13.08.2000)
- En. Amir bin Mambar (14.08.2000 – sekarang)
Langgan:
Catatan (Atom)