Isnin, 11 Januari 2010

CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa merujuk kepada surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02/(31) bertarikh 21 Disember 2009-Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010, jelas menyatakan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia membenarkan sekolah-sekolah memohon kebenaran untuk mendapatkan cuti tambahan seperti berikut:


A.  Tahun Baru Cina :
     17.02.2010 (Rabu)        :  Cuti Peristiwa     :  Tidak perlu ganti
     18.02.2010 (Khamis)    :  Cuti Berganti       :  Diganti pada 23.01.2010 (Sabtu)
     19.02.2010 (Jumaat)      :  Cuti Berganti      :  Diganti pada 06.02.2010 (Sabtu


B   Hari Raya Aidilfitri :
     13.09.2010 (Isnin)       :  Cuti Berganti        :  Diganti pada 24.04.2010 (Sabtu)


C.  Deepavali :
     03.11.2010 (Rabu)      :  Cuti Peristiwa       :  Tidak perlu ganti
     04.11.2010 (Khamis)  :  Cuti Berganti        :  Diganti pada 07.08.2010 (Sabtu)


Cuti tambahan ini hendaklah diganti pada hari Sabtu yang ditetapkan walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari. Kelulusan ini adalah bagi kes-kes yang memohon sahaja.


Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Candid Sukan 2010